Assalamualikum, saya akan menceritakan penglaman saya di Apartment Usang di Genting Highland.Apartment itu memang seram dan banyak peristiwa yang belum diketahui, Jadi sekarang saya akan siasat dan selidik tentang kejadian yang sadis dan juga tragis yang banyak berlaku di situ. Apartment di Genting Highland atau lebih dikenali sebagai ''Highland Tower".Highland Tower terbahagi kepada dua bahagian iaitu Highland tower 1 dan Highland Tower 2.Terlalu banyak insiden yang berlaku di situ.Sebagai contoh insiden yang berlaku di Highland Tower 1 ialah, dahulu tempat itu banyak kejadian pembunuhan dan selalunya budak-budak punk melakukan ritual di dinding bangunan itu.Penduduk setempat juga pernah menceritakan kepada saya bahawa tempat itu disumpah dan berpuaka kerana pembeli tanah bangunan itu, tidak membayar cukai tanah yang ditetapkan oleh penyewa. Seterusnya, pembeli tersebut mati ketika dalam perjalanan untuk membayar pampasan tanah yang tertunggak itu. Dia terbabas di kawasan gaung yang tinggi,keretanya pula terbakar bersama duit-duitnya sekali.
Maka, tertunggaklah bayarannya bangunan yang ke-2 pula hancur dan ramai yang maut dalam bangunan yang ke-2 itu.
No comments:
Post a Comment