Thursday, 2 August 2018

Tour De Turtle

           Negeri Pahang merupakan negara yang penuh dengan alam semula jadi. Tetapi dalam blog saya ini saya akan spesifikkan lokasi saya iaitu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kuantan. Saya Iman bin Amran dari Politeknik Muadzam Shah, mengambil kursus Pengurusan Pelancongan akan melaksanakan program bagi subjek Event Operation and Management (DTM5033). Saya, Zahirah dan Nadirah sebagai Ahli Jawatan Kuasa Media dan Hubungan Luar skop aktiviti kami adalah untuk menghebahkan dan menyebarkan program kami pada pihak media luar dan pelajar - pelajar sekolah MRSM yang menyertai sekali.



Dalam program ini kami telah menyediakan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja tertumpu pada penyu malah melibatkan aktiviti berkaitan kreativiti anda sendiri. Program ini akan mengisi maklumat anda tentang jenis - jenis penyu dan bagaimana penetasan penyu dilakukan. Serta, setiap penyertaan yang mengikut program kami akan diberi hadiah misteri dan sagu hati, jadi anda semua tidak akan rugi dan sentiasa diberi penghargaan. Akhir sekali, kami berharap program penetasan penyu ini berjalan lancar dan mendapat markah yang tinggi dalam subjek ini. 

Saturday, 27 August 2016

"Aku Yang Baru"

         Pada diriku yang lama, pada masa ini jika kau terbaca cerita ini Aku nak beritahu yang dulu kawan Aku bernama Danish.Danish sahajalah yang sentiasa ada untuk membantu aku ketika senang dan susah.Aku berkawan dengan dia hanya selama 3 tahun sahaja tingkatan 1-3, dia seorang yang baik hati,mengambil berat dan seorang yang ringan tulang.                                                                                                                                                                                                                                                  Pada hujung tahun 2014, Danish memberitahu Aku bahawa dia dan keluarganya akan berpindah ke Perak. Aku berharap sangat yang aku dan Danish dapat berjuang bersama-sama sehingga ke tingkatan lima dan berjuang bersama-sama dalam peperiksaan SPM. Namun siapakah kita untuk menetukan takdir kita sendiri. Kita hanyalah manusia yang  mampu merancang dan berharap, Allah yang menentukan. Pada hari Danish mengemas barangnya dia menghantar mesej kepada aku supaya datang ke rumahnya membantu mengemas barangnya sekali. Tetapi malang sekali aku tidak dapat hadir ke rumahnya,kerana ketika itu aku demam. Malam tersebut dalam pukul 2 pagi dia menghantar mesej kepadaku dan mesejnya "Iman aku dah sampai ke rumah baruku". Aku gembira mendapat berita tersebut dalam masa yang sama aku juga sedih.


             Pada tahun seterusnya,dalam bulan Januari aku naik kelas daripada kelas tercorot hinggalah ke kelas  sederhana. Bulan pertama persekolahan aku tiada kawan langsung. Aku hanya fikirkan keputusan peperiksaan aku sahaja sehingga kehidupan sosial aku tidak diendahkan.Alhamdulillah keputusan peperiksaan setara 1 aku mendapat nombor 5 dalam kelas dan kedudukan dalam tingkatan pula 52, aku bersyukur sangat. Aku takut membuat kawan baru kerana aku memikirkan mereka hanya akan menilai diri seseorang tanpa mengenalinya dahulu. Di dalam kelas aku dikenali sebagai pelajar jenis 'Loner' dan 'studybug' kerana tiada kawan serta hanya membaca buku sepanjang hari. Aku tidak mengambil peduli apa mereka nak kata. Pada bulan Februari, aku masih tiada kawan  tetapi pada bulan itu aku menyertai kelab, persatuan dan unit uniform. Aku mula buat kawan ketika menyertai kelab catur. Ahli kelab catur semuanya pelajar pandai.


             Aku sedar yang aku banyak membuang masa beberapa tahun lalu dan aku sekarang seorang yang tabah kerana aku tidak mempeduli apa yang dunia akan mengkritik diriku.Apa yang aku inginkan sekarang hanyalah impianku membawa keluargaku ke Makkah dan membeli sebuah rumah untuk mereka.

Saturday, 26 January 2013

Apartment Usang di Genting Highland

          Assalamualikum, saya akan menceritakan penglaman saya di Apartment Usang di Genting Highland.Apartment itu memang seram dan banyak peristiwa yang belum diketahui, Jadi sekarang saya akan siasat dan selidik tentang kejadian yang sadis dan juga tragis yang banyak berlaku di situ.                                                                  Apartment di Genting Highland atau lebih dikenali sebagai ''Highland Tower".Highland Tower terbahagi kepada dua bahagian iaitu Highland tower 1 dan Highland Tower 2.Terlalu banyak insiden yang berlaku di situ.Sebagai contoh insiden yang berlaku di Highland Tower 1 ialah, dahulu tempat itu banyak kejadian pembunuhan dan selalunya budak-budak punk melakukan ritual di dinding bangunan itu.Penduduk setempat juga pernah menceritakan kepada saya bahawa tempat itu disumpah dan berpuaka kerana pembeli tanah bangunan itu, tidak membayar cukai tanah yang ditetapkan oleh penyewa. Seterusnya, pembeli tersebut mati ketika dalam perjalanan untuk membayar pampasan tanah yang tertunggak itu. Dia terbabas di kawasan gaung yang tinggi,keretanya pula terbakar bersama duit-duitnya sekali.

   Maka, tertunggaklah bayarannya bangunan yang ke-2 pula hancur dan ramai yang maut dalam bangunan yang ke-2 itu.