Saturday, 27 August 2016

"Aku Yang Baru"

         Pada diriku yang lama, pada masa ini jika kau terbaca cerita ini Aku nak beritahu yang dulu kawan Aku bernama Danish.Danish sahajalah yang sentiasa ada untuk membantu aku ketika senang dan susah.Aku berkawan dengan dia hanya selama 3 tahun sahaja tingkatan 1-3, dia seorang yang baik hati,mengambil berat dan seorang yang ringan tulang.                                                                                                                                                                                                                                                  Pada hujung tahun 2014, Danish memberitahu Aku bahawa dia dan keluarganya akan berpindah ke Perak. Aku berharap sangat yang aku dan Danish dapat berjuang bersama-sama sehingga ke tingkatan lima dan berjuang bersama-sama dalam peperiksaan SPM. Namun siapakah kita untuk menetukan takdir kita sendiri. Kita hanyalah manusia yang  mampu merancang dan berharap, Allah yang menentukan. Pada hari Danish mengemas barangnya dia menghantar mesej kepada aku supaya datang ke rumahnya membantu mengemas barangnya sekali. Tetapi malang sekali aku tidak dapat hadir ke rumahnya,kerana ketika itu aku demam. Malam tersebut dalam pukul 2 pagi dia menghantar mesej kepadaku dan mesejnya "Iman aku dah sampai ke rumah baruku". Aku gembira mendapat berita tersebut dalam masa yang sama aku juga sedih.


             Pada tahun seterusnya,dalam bulan Januari aku naik kelas daripada kelas tercorot hinggalah ke kelas  sederhana. Bulan pertama persekolahan aku tiada kawan langsung. Aku hanya fikirkan keputusan peperiksaan aku sahaja sehingga kehidupan sosial aku tidak diendahkan.Alhamdulillah keputusan peperiksaan setara 1 aku mendapat nombor 5 dalam kelas dan kedudukan dalam tingkatan pula 52, aku bersyukur sangat. Aku takut membuat kawan baru kerana aku memikirkan mereka hanya akan menilai diri seseorang tanpa mengenalinya dahulu. Di dalam kelas aku dikenali sebagai pelajar jenis 'Loner' dan 'studybug' kerana tiada kawan serta hanya membaca buku sepanjang hari. Aku tidak mengambil peduli apa mereka nak kata. Pada bulan Februari, aku masih tiada kawan  tetapi pada bulan itu aku menyertai kelab, persatuan dan unit uniform. Aku mula buat kawan ketika menyertai kelab catur. Ahli kelab catur semuanya pelajar pandai.


             Aku sedar yang aku banyak membuang masa beberapa tahun lalu dan aku sekarang seorang yang tabah kerana aku tidak mempeduli apa yang dunia akan mengkritik diriku.Apa yang aku inginkan sekarang hanyalah impianku membawa keluargaku ke Makkah dan membeli sebuah rumah untuk mereka.